::..a walk to remember..::

:.konco-konco peminat cik lebah.:

Iklan Best..!!

Monday, May 24, 2010

ask that bird..!!


Recently, aku banyak mendapat maklumat yang aku sedia maklum tahu.Tapi sekadar itu.Dan kali ini aku mendapat penjelasan dari kawan2.Luaskan skop pengetahun aku.Ingatkah lagi kita pada lagu M. Nasir — Tanya Sama Itu Hud Hud??
Famous bukan..irama padang pasir dah bermain2 di benak fikiran.Aku google dan jumpa article yang menarik untuk kita sama2 renungkan.
Apa kata kita lihat satu per satu makna tersirat di sebalik liriknya yang tersurat..

Rangkap pertama

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. tapi siapakah golongan itu? klik di sini untuk penjelasan lanjut (pada perenggan² akhir).

Rangkap kedua

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini menceritakan kisah pengembaraan burung murai yang mencari Raja Simuraq. kisah ini berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di tulis oleh Farid ud-Din Attar.

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar.Attar meluangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

sumber: The Conference of the Birds

Rangkap ketiga

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
maksud rangkap ni dari blog DKAMA..

Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan...

Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...

Rangkap keempat
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Sang Algojo adalah nama org yg menhukum gantung. Maksud dalam lagu ini adalah Malaikat Maut.

" Oh Malaikat Maut. Nanti dulu! Jangan kau ambil nyawaku. berikan aku sedikit masa untuk bertaubat. untuk menyatakan kalimah yang sebenarnya iaitu kalimah Syahadah. "

Rangkap terakhir

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

rangkap korus ini adalah berdasarkan Mantiq Al-Tayr sila baca untuk mengetahui ape yang di maksudkan dengan ayat "Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

2 suara hati:

Fathi Adha said...

tanya sama pokok... apa pasal goyang...hehe

thanks for sharing...

nabila saat said...

nanti jawab pokok
ada budak main sorok2 daaa...

ur most welcome

Blog Widget by LinkWithin