::..a walk to remember..::

:.konco-konco peminat cik lebah.:

Iklan Best..!!

Sunday, May 29, 2011

Nora Elena adaptasi novel..terbaek..!!



Siapa yang x tgk NORA ELENA, angkat tangan macam saya..!! Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC). Aku pun xtgk awal2x..sebab xsmpt..sekarang dah addicted.


Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, dorang terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kena ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama..babak apa agaknya??


Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati.


Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofaz. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.


‘Nora Elena’ merupakan sebuah sketsa romantik yang bakal menggamit perasaan dan emosi anda. Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaanya akibat kedurjanaan manusia.


Jom Layan Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3!


p/s::heroin si nora elena ni santek banget..jeles..!!

6 suara hati:

Siti Nadzirah Zakariah said...

pernah baca novel tu. best giler ! sampai guling2 ngn membe kat bilik muzik masa baca. haha. :)

padlie said...

Tak perasan lak cerita ni...
heroin baru ke tu?

Rupanya TV LED belum wujud di Malaysia

nabila saat said...

nadzirah::
mesti novel lg best..op kos

nabila saat said...

padlie::
tgk la..best punya

suha said...

xleh nk tgok lagi (^_^)
lambatnye nak cuti hehe

nabila saat said...

suha::
g la tgk..best

Blog Widget by LinkWithin