::..a walk to remember..::

:.konco-konco peminat cik lebah.:

Iklan Best..!!

Sunday, April 26, 2009

konflik dua negara





nak dijadikan cerita semalam aku pg blik kwn aku..
tetiba rumate dia crita pasal satu kes hangat antara kerajan Malaysia dengan Indonesia sekarang.Kes penderaan model chantek Indonesia(Manohara Odelia) dengan Tengku Mohammad Fakhry(kerabat Kelantan plak 2)..

Sejauh mana kebenaran cerita ini hanya mereka yang tahu..ini petikan dari Malaysia Kini dan beberapa blog yang telah aku baca.Wallahualam..

Daisy Fajarina(ibu Manohara) mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.“Anak saya disiksa, di bahagian dadanya disilet (ditoreh). Itu yang diberitahu dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik berkata.

Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.“Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.Manohara Odelia - yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu “baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya.”“Saya sudah menganggap Tengku anak saya,” Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan “permintaan istana Kelantan.”

Sehubungan itu elok juga kalau pihak istana Kelantan membuat penjelasan mengenai perkara ini. Tuduhan yang dilemparkan dalam blog dan mungkin media Indonesia sedikit sebanyak menjejaskan kemuliaan istana Kelantan yang sekaligus akan mengaibkan anak-anak Kelantan di mana saja berada.Jangan biarkan perkara ini berpanjangan penyelesaian tuntas hendaklah dibuat sebelum ianya menjadi lebih kusut dan dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang sengaja mahu mencari kesempatan mengeruh dan memburukkan suasana.

0 suara hati:

Blog Widget by LinkWithin