::..a walk to remember..::

:.konco-konco peminat cik lebah.:

Iklan Best..!!

Thursday, January 13, 2011

Review Bumi Cinta


Legasi dan perjuangan Kang Abik tidak berhenti hanya pada Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, beliau meneruskan lagi dengan kemunculan novel Bumi Cinta. Aku bara saja habis baca novel tu hari ni setelah sehari suntuk novel tu dok bertempek je celah ketiak. Jika dulu Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih berlatarbelakangkan Mesir dan Indonesia, ada sedikit kelainan pada Bumi Cinta yang berlatarbelakangkan Moskow, Rusia.


Seorang pemuda Indonesia, Muhammad Ayyas, sedang menyiapkan thesis masternya mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin. Kawan diaDavid,telah mencarikan apartemen tempat tinggal untuk Ayyas.Disebabkan ketiadaan kawasan yang terhad dan kesukaran mendapatkan tempat tinggal, Ayyas telah mendapat sebuah apartmen yang diduduki bersama dua orang wanita Rusia yang cantik,jelita iaitu Yelena danLinor.


Yang parahnya, Yelena ni pelacur kelas atasan dan Linor pulak pemain biola (kononnya) padahal agen rahasia Mossad. Bayangkan satu rumah dengan 2 org wanita Rusia yang memang terkenal dengan kejelitaan mereka. Goyah jugak terkadang iman Ayyas namun cuba ditahan berkali-kali.Tambah lagi, Ayyas perlu selalu berhubung dengan pembantu Prof Tomskii yang sangat jelita iaitu, Dr Anastasia Palazzo yang merupakan seorang penganut kristen ortodoks yang sangat taat.


Lagi best novel ni sebab aku bloleh tahu kisah sejarah Zionis terhadap muslim Palestin di Sabra dan Sathila. Penceritaan bermula idealogi Karl Max, Lenin dan seterusnya Stalin sangat tersusun dan memberi input yang bermakna. Yang paling tambah ummph lagi semasa Ayyas dipilih sebagai pembahas bagi tajuk 'Tuhan Bagi Manusia di Era Moden'. Cara Ayyas membidas kata2Viktor Murasov yang dengan bangga dan yakin menyatakan mengenai tuhan pada dunia moden ini telah lenyap. Kecanggihan ilmu dan teknologi telah menyelesaikan perkara tanpa tuhan.


Ayyas memanggil Viktor sebagai burung kakak tua yang hanya meneruskan pendapat Nietzsche. Dan menyindir keberadaan dan kesihatan Viktor yang masih disayangi tuhan walaupun telah mengaku bahwa tuhan itu tiada.Begitu rapi dan teliti penerangan beliau.

Taufan yang menyembunyikan langit, angin pusar membawa salji. Sekarang dia mengaum bagai haiwan buas. Sebentar kemudian bagai anak kecil dia merungut kelu.

Ternyata Viktor terkedu dan terdiam seribu bahasa.


Bumi Cinta ini penuh pengajaran, sindiran sinis, pengetahuan ilmiah, pembakar semangat. Total. Tidak rugi untuk membaca dan menyimpan sebagai koleksi. Aku juga boleh tahu secara detail keindahan kota Moskow dari segi makanan, keindahan senibina dan gaya hidup mereka. Bahasa pon ada diselitkan.


Pengakhiran cerita yang sangat suspen apabila Linor ditembak.Sangat menarik. Aku boleh buat konklusi sendiri mengikut kehendak aku. Bahagiakah Linor?Bagaimana pula dengan Ayyas? Selami Bumi Cinta, layari keindahan bumi Moskow. Adikarya novelis no 1: Habiburrahman El Shirazy.


Gereja St. Basil di Red Square
Hotel Metropole yang menjadi sasaran pemboman dalam novel ini
Blue Mosque, satu dari 5 buah masjid di Moskow
Stasiun Metro Komsomolskaya
Stasiun Metro Kievskaya
MGU, Universiti tempat Ayyas mencari rujukan bersama Dr Anastasia
KBRI di Moskow
Apartemen Kwartina, tempat tinggal Ayyas bersama Yelena dan Linor
Sheremetyevo Airport, bumi Rusia yang pertama dijejak Ayyas

gambar kredit to ImanSulaiman

0 suara hati:

Blog Widget by LinkWithin